Skip to main content

Khairul Aming Perjelas Kenapa Pilih Kaedah Tempahan Atas Talian Berbanding ‘Walk-In’ Di Rembayung - “Orang Tua Akan Penat, Anak Kecil Menangis…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Khairul Aming memilih sistem tempahan atas talian untuk restoran Rembayung bagi memastikan keselesaan pelanggan dan mengelakkan masalah seperti panas, kesesakan lalu lintas, dan kekurangan tempat letak kereta.
  • Beliau menegaskan tempahan membolehkan pelanggan terus masuk ke kedai tanpa perlu beratur, menjamin meja tersedia dan pengalaman makan yang lebih baik.
  • Walaupun ramai menyokong langkah ini, terdapat rungutan tentang scalpers yang membeli slot tempahan dan menjual semula dengan harga lebih tinggi, menyukarkan pelanggan sebenar mendapatkan tempat.

Usahawan, Khairul Aming tampil menjelaskan tindakannya memilih kaedah tempahan secara atas talian berbanding ‘walk-in’ di restoran sulungnya, Rembayung.

Menurut Khairul, tindakannya itu adalah disebabkan faktor lokasi restoran itu sendiri, selain ingin menawarkan perkhidmatan dan pengalaman yang terbaik buat para pelanggan.

“Sebab saya tak mahu menerima walk in Rembayung adalah kerana lokasi yang berbeza. Tidak sama seperti beratur dalam pusat beli belah yang ada penghawa dingin dengan beratur sebelah jalan raya yang dalam keadaan panas. 

“Orang tua akan penat, anak kecil akan menangis, nak guna tandas dan solat pun susah. Belum lagi jika masuk isu parking dan trafik kenderaan yang akan menggangu peniaga dan penduduk sekeliling.

“Dengan tempahan, pelanggan dapat turun kereta dan terus masuk ke kedai. Mereka tak perlu beratur dan meja dijamin ada untuk pelanggan. Kita nak utamakan keselesaan pelanggan,”tulisnya.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata menyokong cara Khairul mengendalikan para pelanggannya.

“Teruskan sahaja KA dan ikut rancangan perniagaan awak. Awak lebih mengetahui daripada mereka.

“Awak buat sahaja cara awak. Biar mereka ikut cara mereka. Buat sahaja apa yang terbaik bagi awak. Sangat bagus penjelasan awak. Siapa yang nak makan tu, battle. Muktamad.

“Teruskan begitu, tempahan lebih baik dari walk in,”komen netizen.

Bagaimanapun, ada juga yang masih kurang bersetuju susulan isu ‘scalpers’ yang semakin meningkat sehingga menyebabkan ramai  terlepas peluang untuk menikmati juadah di restoran tersebut.

“Cuma yang tak best sekarang, nak tempah di website itu susah. Banyak scalpers beli slot kemudian jual,”kata seorang pengguna.

“Saya faham kerisauan awak, tetapi KA ada ramai orang yang menjual balik slot tempahan dan telah letakkan harga tambahan bagi deposit. Ia sangat tak adil untuk mereka yang benar-benar mahu pergi,”kata seorang lagi netizen.

Anda mungkin berminat dengan

Ready Stock Kargo Pants Men Fit Cargo Pant Men Korean Style Seluar Cargo Lelaki Seluar Kargo Lelaki Slim Fit Black Seluar Cargo Lelaki Slim Fit Working Pants Seluar Poket Tepi Lelaki Plus Size

Ready Stock Kargo Pants Men Fit Cargo Pant Men Korean Style Seluar Cargo Lelaki Seluar Kargo Lelaki Slim Fit Black Seluar Cargo Lelaki Slim Fit Working Pants Seluar Poket Tepi Lelaki Plus Size

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

Jelly Bunny Grase Glis Flats & Sandals - Green B22WLSI005

Jelly Bunny Grase Glis Flats & Sandals - Green B22WLSI005

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

(Lovito Refine) Casual Dress Tweed Fabric New Chinese Style Bow Texture Spring/summer Pink Dress for Women LR29A074 (Lovito Refine) Gaun Kasual Fabrik Tweed Tekstur Reben Gaya Cina Baharu Gaun Merah Jambu Musim Bunga/musim Panas Untuk Wanita LR29A074

JELLY BUNNY TRES FLAT SANDALS GLITTER MULTI 2 B21SLFI003 Glitter Multi 2

JELLY BUNNY TRES FLAT SANDALS GLITTER MULTI 2 B21SLFI003 Glitter Multi 2

Must Watch Video

Advertisement