Sekilas
- Izzue Islam berkongsi ucapan hari jadi istimewa buat isteri tercinta, Awin Nurin, yang berhasrat menunggang kuda sebagai hadiah.
- Walaupun belum dikurniakan cahaya mata, Izzue bersyukur dengan kekuatan dan kasih sayang Awin sepanjang perjalanan mereka bersama.
- Izzue berharap mereka akan terus bersama hingga ke hari tua, sambil mendoakan kebahagiaan isteri tercinta.
Sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta iaitu Awin Nurin, pelakon dan penyanyi Izzue Islam menitipkan ucapan istimewa.
Syukur dapat tunaikan hasrat Awin ingin menunggang kuda, Izzue berharap dia akan bersama isterinya selama-lamanya.
“Awin minta nak naik kuda je untuk hadiah hari jadi dia 😅 Jenuh juga mencari, tapi Alhamdulillah… Allah permudahkan semuanya.
“Selamat Hari Lahir, sayang @awinnurin ❤️ I tak tahu berapa lama lagi Allah akan pinjamkan you untuk I. Tapi satu benda yang I nak you tahu.
“Kalau suatu hari nanti rambut kita sama-sama memutih, muka kita sama-sama berkedut, dan langkah kita dah tak sekuat hari ini, I harap tangan yang I pegang nanti masih tangan yang sama I pegang sekarang. Tangan you,” kongsinya.
Biarpun diuji belum dikurniakan rezeki cahaya mata, namun Izzue tetap bersyukur memiliki seorang teman hidup yang sentiasa kuat dan menyayangi dirinya.
“Kami diuji belum ada anak. Tapi sepanjang perjalanan ini, you tak pernah jadikan ujian sebagai alasan untuk menyerah. Sebaliknya, you memilih untuk terus bertahan, terus percaya, dan terus berjalan bersama I 😭
“Mungkin I tak selalu tunjuk, dan mungkin I tak pandai meluah dengan kata-kata… tapi setiap hari, I bersyukur kerana Allah memilih you untuk menjadi teman hidup I.
“Bila I tengok you ketawa menunggang kuda di tepi pantai ni, hati I cuma ada satu doa… Ya Allah, bahagiakanlah wanita ini sebagaimana dia telah membahagiakan hidup aku selama ini.
“Selamat Hari Lahir, cinta hati saya ❤️,” katanya lagi.