Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Netizen ‘Request’ Pengurus Siti Nurhaliza Jadi Juri, Ini Jawapan Tuan Badan - “Jangan…”

Astrogempak Kak Zi

Sekilas

  • Rozi Abdul Razak, pengurus kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, dicadangkan sebagai juri jemputan untuk program Talk To My Manager 2 oleh netizen di Threads.
  • Netizen memuji pengalaman Rozi yang lebih 30 tahun menguruskan kerjaya Siti Nurhaliza dan menganggap beliau antara pengurus artis terbaik di Malaysia.
  • Rozi menolak cadangan tersebut dengan merendah diri, memilih untuk kekal di belakang tabir dan tidak mahu muncul sebagai juri.

Nama pengurus kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak, menjadi perhatian apabila ada individu mencadangkannya sebagai juri jemputan program Talk To My Manager 2 (TTMM2).


Menerusi hantaran di Threads, seorang individu menyatakan hasrat untuk melihat perspektif seorang pengurus artis berpengalaman lebih tiga dekad, berbanding hanya mendengar komen daripada artis semata-mata.


“Harap sangat production dapat jemput Sis Rozi Sang Dewi sebagai juri jemputan. Nak dengar dia punya output sebagai manager lebih dari tiga dekad menguruskan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
 

“Selama ini asyik dengar komen artis saja, why not komen untuk manager pula lepas ini,” tulis individu tersebut.


Cadangan itu menerima sambutan daripada netizen yang rata-ratanya menganggap Rozi antara pengurus artis terbaik di Malaysia berdasarkan rekod panjang beliau menguruskan kerjaya Siti Nurhaliza sejak awal kemunculannya.


“Setuju… dia manager terbaik ada kat Malaysia ni. Bagaimana dia uruskan seorang yang datang dari kampung sehingga menjadi Biduanita Negara.


“Yes, Siti + Rozi is the best combo ever in the world. Bukan setahun dua tau, 30 tahun diorang compete each other.”D! Saling melengkapi!


“Setujuuuuu. Pengalaman jadi manager Biduanita tu paling mahal.


“Rozi Sang Dewi the REAL talk to my manager! Proven track record 30 years, from Juara Bintang RTM to Biduanita Negara 👏🏻👏🏻👏🏻 If Siti Nurhaliza is the Calcium, kak Rozi is the Vitamin D! Saling melengkapi!


“Sokong..!! Rs baru betol layak.. sbb mmg artisnya no syatuuuuu!,” komen netizen.


Bagaimanapun, menjawab permintaan netizen tersebut, Rozi tampil merendah diri dan menolak cadangan untuk muncul sebagai juri.


“Jangan… jangan… saya orang belakang tabir sahaja… duduk belakang-belakang…” katanya ringkas.

Anda mungkin berminat dengan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement