Sekilas
- Datuk A. Aida dan Azeva sekali lagi menang anugerah Manager Paling Perform (MPP) dalam Talk To My Manager 2 (TTMM2).
- Mereka diberi pilihan hadiah termasuk tambahan undian online, masa persembahan, atau komen juri, dan memilih tambahan 5 peratus undian online.
- TTMM2 disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.
Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2),Datuk A. Aida dan Azeva sekali lagi berjaya merangkul anugerah Manager Paling Perform (MPP).
Hasil kemenangan itu, Datuk A.Aida dan Azeva diberikan 3 pilihan hadiah iaitu tambahan 5 peratus undian online, tambahan 30 saat untuk persembahan dan tambahan komen juri.
Bagaimanapun, sebagai pengurus A. Aida memberi peluang kepada anaknya untuk memilih ganjaran tersebut.
“Saya pilih untuk ambil ganjaran tambahan 5 peratus undian online,” katanya.
Untuk info, antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.
Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.
Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim, Datuk AC Mizal dan Datuk Ramli M.S selaku juri jemputan.
Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.
Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.