Skip to main content

Hiburan

Suka Lelaki Muka ‘Jambu’, Siti Khadijah Halim Lebih Tertarik Dengan Lelaki Berwajah Ala Korea - “Bangun Tidur Nampak…”

Astro Gempak 519

Sekilas

  • Siti Khadijah Halim kongsi dia lebih suka lelaki berwajah ala Korea yang nampak lembut dan ‘jambu’ berbanding lelaki maskulin.
  • Pelakon drama From Saga With Love itu jelaskan dia tertarik dengan imej lelaki yang ‘soft’ dan macam baru bangun tidur.
  • Dia juga berharap boleh kahwin awal dan luangkan masa dengan anak-anak, tapi percaya setiap pengalaman hidup ada hikmahnya.

Pelakon Siti Khadijah Halim mencuri perhatian ramai selepas berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya.

Menerusi podcast Sembang Seram bersama Safwan Nazri, Siti Khadijah mengakui lebih meminati lelaki berwajah ala Korea berbanding lelaki terlalu maskulin.

“Cita rasa (taste) aku Korea, beb. Maaf cakap. Taste aku Korea,” katanya.

Ketika ditanya mengenai lelaki maskulin, pelakon drama From Saga With Love itu menjelaskan dia lebih tertarik dengan lelaki berimej lembut dan ‘soft’.

“Sebab kalau aku cakap spesifik orang, contohnya taste aku Azim, nanti girlfriend Azim marah.

“Jadi aku ambil contoh paling selamat, contoh orang Korea. Tak ada siapa nak salahkan aku minat orang Korea,” ujarnya.

 

@sembangseram Komen sini jap yang muka jambu/korea 👀 #sitikhadijahhalim #sembangseram #podcast #horrorstory #ceritaseram ♬ original sound - sembangseram


Tambahnya lagi, dia lebih menyukai lelaki yang kelihatan sedikit ‘jambu’ dan lembut.

“Aku lebih suka yang ‘jambu’ sikit.

“Macam baru bangun tidur… nampak ‘soft’ sikit,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Siti Khadijah turut berkongsi mengenai harapannya terhadap kehidupan berumah tangga sekiranya dapat mengundurkan masa.

“Kalau aku boleh putar balik masa, aku memang nak kahwin awal.

“Aku nak kahwin awal, anak-anak aku sekarang ni dah besar, aku boleh bawa dia pergi makan kek dengan aku, minum matcha dengan aku,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon itu percaya setiap perjalanan hidup yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

“Tapi kalau hidup aku macam tu, aku mungkin tak ada dekat sini borak dengan kau.

“Jadi apa yang berlaku dalam hidup aku, aku tahu ada sebabnya,” ujarnya.

Sumbet: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

[Ready stock]Seluar Kargo Slack six Poket/Unisex Tactical Pant 💥boleh pakai tali pengang size 28-40

[Ready stock]Seluar Kargo Slack six Poket/Unisex Tactical Pant 💥boleh pakai tali pengang size 28-40

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Must Watch Video

Advertisement