Skip to main content

Hiburan

Siap Bagi Nota Berisi Nombor Telefon, Ayda Jebat Dakwa Ada Lelaki Nak ‘Pikat’ Nabil Mahir - “Sekarang Penyondol Bukan Perempuan Je…”

Ayda Jebat

Sekilas

  • Ayda Jebat berkongsi pengalaman suaminya, Nabil Mahir, menerima nota dan nombor telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali ketika mereka berada di Sarawak.
  • Lelaki tersebut kemudian mendekati Nabil, memuji penampilannya dan menyatakan minat untuk menjalankan perniagaan bersama.
  • Ayda menganggap kejadian itu lucu dan tidak akan dilupakan, sambil menegaskan bahawa lelaki juga boleh menjadi pengorat, bukan hanya perempuan.

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkongsi satu kejadian yang berlaku ketika dia dan suami, Nabil Mahir berada di Sarawak baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nur Suhada Jebat mendakwa Nabil menerima dua keping kertas yang berisi nota dan nombor telefon daripada individu yang tidak dikenali.

“Tengah lepak ada orang bagi dua kertas dekat Nabil. Nabil buka satu dan ada tulisan ,’Hi! Please call me.’

“Saya baca juga tapi tak terkejutlah sebab dia memang helok (kacak) tapi saya perhati je siapa pula yang nak try laki saya ini.
Selepas buka kertas yang kedua, ada nombor telefon. Memang berani!,” kongsinya.

Tidak terhenti di situ, pelantun lagu Memerang ini mendakwa mereka kemudiannya didatangi pula seorang lelaki yang memaklumkan dialah individu yang menghantar nota tersebut kepada Nabil.

Lelaki berkenaan kemudiannya memuji penampilan Nabil yang disifatkan sebagai seorang yang bukan kaki perempuan malah turut meluahkan hasrat untuk menjalankan perniagaan bersama.

“Nabil, saya dan bos pun gelak-gelak. Tak sampai lima saat, datang seorang lelaki dekat tepi Nabil. Dia terus tegur Nabil, dia cakap lebih kurang macam ini, ‘Hi, saya yang bagi (kertas). Nama saya..’

“Katanya lagi ,’Saya suka gaya awak, awak bukan kaki perempuan’. Lebih kurang empat kali atau lebih dia sebut ‘I really like you too Nabil’. Dia cakap nak buat bisnes sama-sama,” kongsinya lagi.

Dalam masa yang sama, ibu kepada dua orang anak ini menganggap kejadian itu sebagai satu momen yang tidak dilupakan meskipun situasi itu agak janggal buat mereka.

“Moralnya, sekarang penyondol bukan perempuan je, lelaki pun boleh. Yang mengorat Nabil tu bukan orang Sarawak, dia cakap ada bisnes trip di situ, mungkin juga bukan orang Malaysia.

“Apa-apa pun, kami ketawa dan akan ingat kejadian ini sampai tua,” ujarnya.

Untuk rekod, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen sebelum kehadiran anak ketiga, Anggun Mikayla pada 26 Januari lalu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement