Sekilas
- Pelakon Korea Lee Da Hae dan suaminya, Se7en, mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama.
- Berita gembira itu dikongsi menerusi Instagram selepas mereka menyambut ulang tahun perkahwinan ketiga.
- Pasangan ini turut berkongsi video pendek dan foto imbasan ultrasound sebagai tanda kehadiran bayi mereka.
Pelakon Korea, Lee Da Hae dan suaminya, Se7en mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama mereka.
Berita gembira itu diumumkan menerusi hantaran di akaun Instagram milik mereka baru-baru ini.
Lebih manis lagi, berita itu disampaikan selepas beberapa hari menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.
“Daripada berdua menjadi tiga, keajaiban kecil kami bakal hadir,” tulisnya.
Hantaran itu juga turut disertakan dengan video pendek merakamkan Da Hae sedang memegang kasut bayi beserta topi bertulis ‘mom’ manakala Se7en pula dengan topi bertulis ‘dad’.
Malah, Da Hae juga turut dilihat memegang foto imbasan ‘ultrasound’.
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti berkenaan.
Untuk rekod, Se7en dan Da Hae mengumumkan hubungan mereka kepada umum pada tahun 2016 sebelum mendirikan rumah tangga pada Mei 2023.