Skip to main content

Hiburan

Reda Perkahwinan Dengan Marissa Berakhir, Aslam Harap Netizen Henti Berkata Buruk - “Sebab Ia Turut Melibatkan Umisya…”

Astrogempak ASLAM (1)

Sekilas

  • Ahmad Aslam mengesahkan rumah tangganya dengan pempengaruh Marissa Dania Hakim telah berakhir selepas keputusan mahkamah lafaz cerai dan rujuk.
  • Aslam menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan berharap tiada lagi spekulasi atau cerita negatif yang timbul selepas ini demi kebaikan semua pihak termasuk isteri dan anak-anak.
  • Perkahwinan Aslam dan Marissa yang berlangsung di Thailand pada Disember 2023 mendapat perhatian ramai kerana Aslam masih berstatus suami kepada Umisya Mazlan ketika itu.

Suami kepada pempengaruh, Marissa Dania Hakim iaitu Ahmad Aslam akhirnya mengesahkan rumah tangga mereka telah menemui titik nokhtah.

Aslam atau nama sebenarnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, berkata dia menerima keputusan mahkamah dengan hati terbuka dan berharap ia menjadi penutup terbaik buat kedua-dua pihak selepas melalui pelbagai proses perbicaraan.

“Bismillah. Saya pun tak banyak benda nak cakap, saya harap keputusan mahkamah kali ini, atas semua perbicaraan yang kita telah lalui, saya harap ini adalah terbaik untuk kami berdua,” ujarnya.

Aslam berkata demikian ketika ditemui selepas selesai prosiding keputusan lafaz cerai dan rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa.

Jelas Aslam lagi, dia menerima keputusan tersebut dengan reda dan berharap tiada lagi sebarang spekulasi atau cerita tidak benar selepas ini.

“Alhamdulillah, Allah sudah tetapkan keputusan. Insya-Allah ini yang terbaik untuk kami.

“Saya juga mohon orang ramai tidak lagi berkata buruk atau negatif kerana perkara ini turut melibatkan isteri saya, Umisya serta anak-anak.

“Saya minta supaya tiada lagi perkara negatif timbul selepas ini. Biarlah semuanya berakhir dengan baik,” katanya.

Ketika diajukan soalan lanjut mengenai jumlah lafaz cerai, Aslam memilih untum enggan mengulas lanjut.

“Itu saya tak boleh ulas lebih lanjut. Perkara itu biarlah,” tegasnya.

Terdahulu, Aslam dan Marissa mencuri perhatian apabila hadir secara berasingan ke mahkamah bagi mengikuti prosiding berkenaan hari ini.

Ketika ditemui media, Aslam atau nama penuhnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, mengakui dia dan Marissa sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Sementara itu, Marissa, 21, enggan mengulas lanjut mengenai keputusan mahkamah dan hanya memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik.

Untuk rekod, Aslam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah berkenaan pada 10 Mac lalu.

Sebelum itu, pada Mei tahun lalu, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah sama bagi proses pengesahan pernikahan mereka selepas dilaporkan bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Perkahwinan tersebut menjadi perhatian ramai apabila Aslam ketika itu masih berstatus suami kepada pempengaruh Umisya Mazlan.

Malah, pernikahan berkenaan didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertamanya serta keluarga kedua-dua belah pihak termasuk ibu bapa Marissa, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement