Skip to main content

Hiburan

Raja Atiq Cari Kerja Sambilan, Sanggup Jadi Pemandu Peribadi - “Saya Nak Gaji Lebih…”

Raja Atiq

Pelakon, Raja Atiqullah menyorot perhatian ramai selepas berkongsi hasratnya untuk mencari kerja sambilan bagi menambah pendapatan.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah menjelaskan kesediaannya melakukan apa sahaja jenis pekerjaan termasuk dalam bidang pemasaran ataupun sebagai pemandu peribadi.


“Assalamualaikum, saya dengan rendah diri, ada kerja kosong tak, bergaji yang okay? Kalau ada boleh mesej saya. Insya-Allah saya boleh komited, bahagian marketing ke, jadi driver personal pun boleh,” tulisnya.

Dalam pada itu, Atiq turut  menjelaskan bahawa keputusan berkenaan tidak bermakna dia mahu meninggalkan dunia lakonan.

“Bukan saya tak nak berlakon, cuma buat masa sekarang saya nak cari gaji lebih sahaja. Terima kasih,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi mendoakan agar perjalanan kerjaya Atiq dan rezekinya sentiasa dipermudahkan.

Shopee 9.9 Sale

Jimat RM900 Segera di Troli Shopee Anda!

Deal paling padu minggu ini! Belanja RM1,800 dan nikmati RM900 potongan dengan ShopeePay. Sah hingga 8 Sept, stok baucar terhad. Tekan untuk tuntut sekarang!

Advertisement

Must-Watch Video