Sekilas
- Daiyan Trisha berkongsi pengalaman menerima kata-kata menyakitkan apabila dianggap sebagai beban dalam kerjayanya hampir 10 tahun lalu.
- Walaupun pernah dipandang rendah, Daiyan berjaya membina kerjaya sendiri dan menguruskan syarikat pengurusannya yang menjana jutaan ringgit.
- Peminat memberikan sokongan dan kata-kata semangat selepas perkongsian Daiyan di Threads mendapat perhatian ramai.
Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha berkongsi kata-kata paling menyakitkan yang pernah diterimanya sepanjang bergelar anak seni.
Menerusi satu hantaran di Threads, Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin mendakwa ada individu menganggapnya sebagai beban
“Tak mengapa kalau awak dah tak mahu kami uruskan lagi, kurang beban untuk kami.”
“‘Beban’ ini kemudiannya berjaya menjana jutaan ringgit dengan menguruskan kerjayanya sendiri serta menjalankan syarikat pengurusannya sendiri,” tulisnya.
Meskipun sudah sedekad berlalu, pelantun lagu Penat itu mengakui insiden tersebut masih kekal segar dalam fikirannya.
“Almost 10 years ago and it’s still fresh in my mind,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat dan menyatakan Daiyan sudah melakukan terbaik dalam kerjayanya.
Daiyan berkongsi perkara tersebut bagi membalas pertanyaan netizen yang meminta individu berkongsi kata-kata yang menyakitkan dari orang lain.
Sumber: Threads Daiyan Trisha