Skip to main content

Artis Antarabangsa

Penyanyi Disebat 74 Kali Menyanyi Tanpa Tudung Di YouTube

Astrogempak Penyanyi

Sekilas

  • Parastoo Ahmadi, penyanyi Iran, dijatuhi hukuman sebat 74 kali kerana muncul tanpa tudung dalam persembahan langsung di YouTube pada 2024.
  • Selain Parastoo, lapan kru lain turut dikenakan hukuman sama dan dilarang keluar negara serta terlibat dalam aktiviti seni selama dua tahun.
  • Kes ini mendapat perhatian luas dan kritikan dari aktivis hak asasi manusia yang menganggap hukuman tersebut melanggar kebebasan individu.

Seorang penyanyi Iran, Parastoo Ahmadi dijatuhi hukuman sebat sebanyak 74 kali selepas muncul tanpa memakai tudung sewaktu membuat persembahan secara langsung di sebuah saluran YouTube pada tahun 2024.

Parastoo, 29, menjalani hukuman tersebut bersama lapan orang lagi kru termasuk pemuzik yang terlibat dalam konsert tersebut, lapor The Guardian. Hukuman tersebut dijatuhkan pada 18 Jun 2026.

Keputusan tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Wilayah Qom selepas kes itu disiasat sejak penahanan awalnya pada Disember 2024. Butiran mengenai kes ini dilaporkan secara meluas oleh organisasi hak asasi manusia.

Menurut dokumen mahkamah yang diperoleh, selain dijatuhi hukuman 74 sebatan, mereka juga dilarang keluar negara selama dua tahun serta terlibat dengan sebarang aktiviti kesenian.

Mereka dituduh telah melanggar batas susila di hadapan khayalak kerana disifatkan telah menyebarkan konten yang dianggap tidak bermoral dan tidak senonoh. Parastoo tidak memakai hijab dan mendedahkan sebahagian bahu dalam penampilannya itu.

Pada Disember 2024, Parastoo menyanyikan lagu patriotik berjudul Az Khoone Javanane Vatan (From di Blood of di Youth of di Homeland) tanpa memakai tudung atau hijab dalam konsert maya Caravanserai Concert.

Pihak berkuasa kemudian memfailkan dan melaporkan Parastoo bersama tim produksi selepas ia mendapat jutaan tontontan di YouTube sebelum mereka ditahan beberapa hari selepas konsert maya itu berlangsung.

Hukuman yang dikenakan terhadap  penyanyi yang terkenal dengan beberapa lagu termasuk Balal Balalom dan Heyrani itu menerima kritikan keras dalam kalangan aktivis hak asasi manusia yang menyifatkan ia sebagai melanggar kebebasan seseorang.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement