Sekilas
- Pelakon Adriana Adnan berkongsi di Threads tentang seseorang yang cuba meniru dirinya tanpa identiti sendiri.
- Walaupun kecewa, Adriana berasa terharu kerana ada yang memujanya secara diam-diam.
- Adriana juga memberi amaran bahawa individu tersebut mungkin ‘musuh dalam selimut’ dengan niat tersembunyi.
Perkongsian pelakon Adriana Adnan di Threads mengenai seseorang yang mencuba meniru dirinya menarik perhatian netizen.
Menganggap individu itu tidak mempunyai identiti sendiri, Adriana bagaimanapun berasa terharu apabila ada orang yang memujanya dalam diam.
“Semua benda aku buat kau nak tiru ke? Satu per satu. Alahai. Kesian tak ada identiti & effort sendiri.
“Anda boleh tiru semua yang anda mahu, tapi anda akan sentiasa berada di belakang. Belakang saya. Bagaimanapun, saya tetap terharu.
“Sekurang-kurangnya ada seseorang di dunia ini yang memuja saya dalam diam,” kongsinya.
Dalam pada itu, Adriana ada membalas salah satu komen netizen memberi bayangan individu tersebut adalah ‘musuh’ dalam selimut yang mempunyai niat tersembunyi.
“Kalau peminat tak apa je. Dialu-alukan. Ini musuh dalam selimut, diam-diam tapi ada agenda tersembunyi,” kata pelakon drama Impiana: Karma itu.
Sumber - Threads