Skip to main content

Hiburan

Lagu ‘Dalam Diam’ Nyanyian Zamir Harith, Zynakal & Mojack Hafiz Terus Meledak! Raih 20 Juta Tontonan Di YouTube

ASTROGEMPAK Dalam Diam

Sekilas

  • Lagu Dalam Diam nyanyian Zamir Harith, Zyankal dan Mojack Hafiz berjaya raih lebih 20 juta tontonan di YouTube, kukuhkan populariti lagu tersebut.
  • Showcase Rhu.Nite yang dianjurkan Rhunut Music dan Ivy Room menampilkan persembahan artis seperti FIQ7, Arghpiez, Danial Kifli, Zamir Harith, Apit Tearra dan Alvin Chong.
  • Acara Rhu.Nite mendapat sambutan hangat peminat dan dijangka akan ada lagi showcase seumpama ini pada masa akan datang.

Lagu Dalam Diam nyanyian Zamir Harith, Zyankal dan Mojack Hafiz terus mencipta fenomena dalam industri muzik tempatan apabila berjaya meraih lebih 20 juta tontonan di YouTube, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara lagu paling popular ketika ini.

 

Kejayaan membanggakan itu turut diraikan oleh Zamir Harith bersama para peminat menerusi showcase Rhu.Nite yang berlangsung baru-baru ini, menjadikan malam tersebut lebih bermakna sebagai tanda penghargaan atas sokongan luar biasa yang diterima terhadap lagu berkenaan.

 

Penganjur Rhu.Nite, Rhunut Music dengan kerjasama Ivy Room, berjaya mencuri perhatian peminat yang hadir pada acara tersebut, baru-baru ini. 

 

Malam tersebut menampilkan FIQ7 sebagai antara tarikan utama, selain persembahan daripada Arghpiez, Danial Kifli, Zamir Harith dan Apit Tearra yang berjaya menghiburkan peminat.

 

“Alhamdulillah, kami tak sangka dapat sambutan yang begitu hangat pada malam Rhu.Nite. Terima kasih kepada peminat yang menyokong dan turut hadir. 

 

“InsyaAllah selepas ini akan ada lagi showcase seperti ini,” kata pihak penganjur. 

 

Acara itu turut dimeriahkan dengan kemunculan Alvin Chong yang membuat persembahan istimewa. 

 

Gabungan pelbagai genre muzik bersama gimik kreatif yang dirancang oleh pihak penganjur berjaya mewujudkan suasana meriah sepanjang malam.

 

Sambutan hangat daripada peminat yang memberikan sokongan padu serta menyanyikan lagu bersama artis membuktikan kejayaan Rhu.Nite sebagai platform yang menyatukan pemuzik dan pencinta muzik. 

 

Kejayaan acara ini juga dilihat sebagai langkah positif dalam memperkukuh komuniti muzik tempatan serta membuka peluang kepada lebih banyak kolaborasi kreatif pada masa depan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Must Watch Video

Advertisement