Skip to main content

Hiburan

Kematian Seorang Penduduk Cetus Tanda Tanya, Yasser Terus Jadi Mangsa Tuduhan Penduduk Kuala Makar Di Episod Ketiga GBGTH

Good Boys Go To Heaven

Sekilas

  • Episod ketiga Good Boys Go To Heaven menampilkan emosi yang lebih berat dengan tekanan psikologi yang dirasai oleh watak utama selepas kematian Ahyan.
  • Hubungan Yasser dan Dahlia semakin renggang apabila mereka saling menyalahkan antara satu sama lain dan masyarakat mula menuding jari kepada Yasser.
  • Yasser mula bertindak sendiri selepas menemui sesuatu yang mencurigakan, manakala kematian Ustaz Reyhan menambah misteri dalam penceritaan siri ini.

Siri premium Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven terus membuatkan penonton ‘melekat’ di hadapan skrin apabila episod ketiganya tampil dengan emosi yang lebih berat dan penuh tekanan.

Jika episod sebelum ini dipenuhi persoalan mengenai kematian Ahyan, kali ini penonton dibawa menyelami pula keadaan mental dan emosi setiap watak yang semakin tertekan dengan tragedi tersebut.

Hubungan Yasser (Beto Kusyairy) dan Dahlia (Zahirah Macwilson) kini dilihat semakin rapuh apabila kedua-duanya masih bergelut dengan rasa kehilangan.

Bukan itu sahaja, mereka dilihat saling menyalahkan antara satu sama lain dan menunding jari terhadap kematian Ahyan.

Dalam masa sama, tekanan terhadap Yasser turut semakin memuncak apabila orang ramai mula menuding jari kepadanya susulan kematian Ahyan.

Bukan sahaja menjadi perhatian pihak polis, malah dirinya juga seakan ‘dihakimi’ masyarakat yang mula membuat pelbagai spekulasi terhadap kematian Ahyan.

Apa yang membuatkan episod kali ini lebih menarik adalah perubahan sikap Yasser yang dilihat semakin nekad untuk mencari jawapan sendiri.

Selepas menemui sesuatu yang mencurigakan, Yasser mula mengambil tindakan tanpa pengetahuan pihak polis sekaligus memberi bayangan bahawa dirinya bakal terjerumus ke dalam situasi yang lebih berbahaya.

Tekanan dilihat semakin memuncak apabila Ustaz Reyhan (Sky Iskandar) mati dalam satu insiden menyayat hati menandakan tekaan penonton tersasar jauh.

Babak itu sekaligus membuatkan para penonton tertanya-tanya siapakah dalang sebenar disebalik kematian Ahyan.

Secara keseluruhan, episod ketiga Good Boys Go To Heaven berjaya menjadi titik perubahan penting dalam penceritaan apabila konflik emosi, tekanan psikologi dan misteri digabungkan dengan cukup kemas hingga membuatkan penonton semakin tidak sabar menantikan episod seterusnya.

Sekadar info, Good Boys Go To Heaven mengisahkan Yasser (Beto Kusyairy) seorang bapa yang melalui detik paling gelap dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Good Boys Go To Heaven sudah pun mula ditayangkan dan akan menemui penonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement