Skip to main content

Hiburan

“Jangan ‘Normalize’ Minta Sponsor!” – Ariz Lufias Tegur Isu Ambil Kesempatan Pada Peniaga Kecil

ASTROGEMPAKA Ariz

Sekilas

  • Ariz Lufias menegur budaya minta tajaan makanan daripada peniaga kecil yang semakin menjadi kebiasaan dan tidak sepatutnya dinormalisasikan.
  • Beliau menekankan pentingnya ulasan jujur daripada pelanggan sebenar untuk menjana jualan berbanding hanya mengharapkan ‘exposure’ semata-mata.
  • Ariz mengingatkan supaya buat kajian dan pilih tajaan dengan bijak kerana pemberian tanpa kajian yang betul sering tidak memberi manfaat kepada peniaga kecil.

Penyanyi dan usahawan Ariz Lufias tampil menegur budaya meminta tajaan makanan daripada peniaga kecil yang semakin menjadi kebiasaan.

 

Menurut Ariz, perkara tersebut tidak sepatutnya dinormalisasikan, lebih-lebih lagi jika ia datang daripada pihak yang tidak memberikan pulangan setimpal kepada peniaga.

 

“Jangan normalize budaya minta sponsor makanan untuk event dekat peniaga kecil, kecuali mereka sendiri yang tawarkan untuk sponsor.

 

“Barang makin mahal sekarang, dan kebanyakan homebased seller ni buat semuanya sendiri tanpa bantuan orang lain,” katanya.

 

Dalam masa sama, Ariz berkongsi pengalaman sebagai usahawan, di mana jualan lebih banyak dijana melalui ulasan jujur daripada pelanggan sebenar, bukannya sekadar ‘exposure’ semata-mata.

 

“Dari pengalaman saya, kita cuma boleh generate sales bila ada genuine review dari real customers dan kalau nasib kita baik, ada artis dan influencer review produk kita,” jelasnya.

 

Tambahnya lagi, pemberian tajaan tanpa kajian yang betul sering kali tidak memberi manfaat kepada peniaga kecil.

 

“Kalau terus bagi sponsor tanpa buat research atau tanpa audience yang sesuai, selalunya exposure tak dapat, penat je dapat! Use your energy wisely dan buat pilihan yang terbaik!” ujarnya.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

Ubi Pedas Basah Cik Ros 450gm

Ubi Pedas Basah Cik Ros 450gm

[TERINGIN.JE] Sour Cream Butter Cake

[TERINGIN.JE] Sour Cream Butter Cake

PRODIY SF-400 Digital LCD Scale High Precision Electronic Kitchen Weighing Scale Food 10kg X 1g Penimbang Kek 厨房秤 面粉秤

PRODIY SF-400 Digital LCD Scale High Precision Electronic Kitchen Weighing Scale Food 10kg X 1g Penimbang Kek 厨房秤 面粉秤

Ajwa Size A dari Madinah 5 KG/ 1kg Kurma buah Ramadan snack

Ajwa Size A dari Madinah 5 KG/ 1kg Kurma buah Ramadan snack

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Advertisement