Skip to main content

Hiburan

“Industri Ini Kecil...Saya Tak Reda, Tak Maafkan Dan Tak Halalkan” – Wafariena

Astro Gempak 542

Sekilas

  • Pelakon Wafariena Roslan mengalami kerugian lebih RM8,000 untuk kos rawatan hospital selepas kecederaan ketika penggambaran supertelefilem seram pada 2022.
  • Syarikat produksi yang bertanggungjawab gagal dikesan dan bayaran terakhir lakonan Wafariena masih belum diterima sehingga kini.
  • Projek supertelefilem tersebut masih belum siap dan tidak boleh ditayangkan kerana isu pembayaran dan saman yang sedang berjalan.

Pelakon Wafariena Roslan mendakwa terpaksa menanggung kerugian lebih RM8,000 membabitkan kos rawatan hospital selain masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi yang kini dikatakan gagal dikesan.

Menurut Wafariena, isu tersebut berpunca daripada insiden kecederaan yang dialaminya ketika menjalani penggambaran sebuah supertelefilem genre seram pada tahun 2022.

“Saya dah keluarkan surat tiga kali, tiba-tiba syarikat itu hilang. Peguam pun dah pergi periksa, memang pejabatnya kosong.

“Selepas itu, penerbit pun dah hilang. Tak boleh buat apa pun,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran dan Sidang Media filem The Real Mamu di Royal Chulan, pada Isnin.

Tambahnya, peguam yang mewakilinya juga pernah berhubung dengan peguam syarikat produksi berkenaan, namun usaha tersebut menemui jalan buntu.

“Peguam saya dah berinteraksi dengan peguam mereka sendiri, tapi hujungnya peguam sana yang tarik diri,” ujarnya.

Menurut pelakon berusia 30 tahun itu, dia terpaksa menggunakan wang sendiri bagi menampung kos rawatan susulan kecederaan yang dialaminya.

“Saya terpaksa keluarkan duit sendiri sebanyak RM8,000 lebih waktu itu.

“Manakala bayaran terakhir untuk lakonan saya pula memang langsung tak dapat sampai sekarang,” katanya.

Lebih mengecewakan, Wafariena mengakui masih menyimpan rasa terkilan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

“Tak payahlah, tak payah jumpa dah. Tak nak tengok muka dah kalau boleh.

“Industri ini kecil, kalau terjumpa balik pun saya akan buat-buat tak nampak saja. Saya tak reda, tak maafkan dan tak halalkan.

“Orang buat kita, kita yang penat dan sakit,” luahnya.

Dalam masa sama, Wafariena turut mendakwa projek supertelefilem berkenaan masih belum dapat disiapkan sehingga hari ini.

“Tak boleh tayang sebab tak habis. Sampai sekarang rakaman suara latar (VO) saya masih ada.

“Mereka tak bayar bayaran terakhir saya, jadi saya tak boleh bagi. Benda itu tergantung.

“Kalau keluarkan cerita itu jadi salah sebab saya dah keluarkan saman,” katanya.

Terdahulu, pada 2022, Wafariena dilaporkan mengalami kecederaan serius ketika menjayakan aksi lagak ngeri bagi supertelefilem Mata Tak Berhijab.

Insiden tersebut menyebabkan tisu pada bahagian punggungnya cedera, perut koyak serta mengalami pendarahan.

Difahamkan, meskipun berada dalam keadaan kesakitan sehingga sukar berjalan, pelakon utama naskhah seram tersebut tetap diminta meneruskan penggambaran untuk dua lagi babak oleh pihak produksi.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement