Skip to main content

Hiburan

Hargai Permintaan Peminat, Ajai Tidak Tolak Kemungkinan Kongsi Pentas Dengan Nourul Deep - “Kalau Ada Rezeki…”

Astro Gempak 541

Sekilas

  • Ajai tidak menolak kemungkinan untuk berkolaborasi semula dengan Nourul Deep dalam konsert atau projek khas pada masa hadapan selepas sambutan hangat konsert solo Nourul baru-baru ini.
  • Ajai tidak dapat hadir ke konsert Nourul kerana terikat dengan komitmen kerja termasuk sesi rakaman dan persiapan konsert Exists.
  • Ajai kini menjadi penerbit dan komposer untuk single terbaru Aisha Retno, "Diari Air Mata," yang merupakan lagu runut bunyi drama terbitan UTV.

Komposer dan penyanyi, Ajai tidak menolak kemungkinan untuk kembali berkolaborasi dengan penyanyi Nourul Deep dalam sebuah konsert khas atau projek pada masa hadapan susulan sambutan hangat terhadap Konsert Solo For You: Nourul baru-baru ini.

Menurut Ajai, dia turut tumpang gembira melihat kejayaan konsert solo Nourul yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Mei lalu.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki. Orang tahu Ajai dan Nourul kan.

“Jadi saya kata tak ada masalah pun kalau kita disatukan dalam satu konsert Ajai dan Nourul. Sebab saya rasa itu lagi istimewa,” katanya.

Tambah pelantun lagu Aku Cinta Aku Rindu itu, hubungan dan kerjasama yang pernah terjalin antara mereka menerusi lagu-lagu duet masih kekal dekat di hati peminat sehingga hari ini.

“Pada saya, kerjaya tetap kerjaya yang pernah menyatukan kami.

“Lagu-lagu itu terpatri sehingga sekarang. Untuk disatukan semula, perlukan masa yang sesuai dan kejutan yang boleh membuatkan peminat masing-masing teruja,” ujarnya.

Mengulas ketidakhadirannya pada malam konsert tersebut, Ajai menjelaskan dia terikat dengan beberapa komitmen kerja yang tidak dapat dielakkan.

“Ya, memang saya tak dapat hadir.

“Saya terlibat dengan beberapa sesi rakaman dan sekarang pun saya dah terikat dengan tarikh konsert Exists yang semakin hampir,” katanya.

Dalam masa sama, Ajai yakin Nourul mempunyai katalog lagu yang cukup kuat untuk menghiburkan peminat sepanjang konsert berkenaan.

“Untuk katalog lagu, saya tak risau sebab dia ada banyak lagu hit.

“Daripada album duet pun banyak lagu popular. Album solo dia pula ada Cinta Azali, Tempias dan Ikhlasnya Cintaku.

“Dicampur dengan lagu-lagu duet, saya rasa untuk lagu-lagu sing-along memang tak ada masalah,” katanya.

Sebelum ini, Ajai terpaksa menolak pelawaan untuk berduet bersama Nourul dalam konsert solo For You: Nourul kerana komitmen kerja sedia ada yang tidak dapat dielakkan.

Terdahulu, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab berjaya merealisasikan impian mengadakan konsert solo menerusi Solo For You: Nourul yang disifatkannya sebagai hadiah buat diri sendiri selepas 32 tahun berkecimpung dalam industri seni sejak tahun 1995.

Konsert tersebut turut menerima sambutan memberangsangkan daripada peminat yang hadir bagi meraikan perjalanan seni penyanyi berkenaan sepanjang lebih tiga dekad.

Dalam perkembangan lain, Ajai tampil sebagai penerbit dan komposer bagi single terbaharu penyanyi Aisha Retno, Diari Air Mata menerusi rakaman sulung di bawah naungan Usanita Entertainment.

Aisha merupakan pilihan pertama Usanita membawakan lagu yang sarat emosi itu khusus untuk lagu runut bunyi (OST) bagi drama terbaharu terbitan UTV yang akan diumumkan kelak.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Must Watch Video

Advertisement