Sekilas
- Aura Kasih mengaku bekas suaminya, Eryck Amaral, tidak pernah memberi nafkah kepada anak mereka selepas bercerai.
- Mereka berkahwin pada 2018, bercerai setahun kemudian, dan anak perempuan mereka, Arabella, kini berusia lima tahun.
- Aura Kasih bertanggungjawab sepenuhnya membesarkan dan memberi nafkah kepada Arabella tanpa bantuan bekas suaminya.
Penyanyi dan pelakon, Aura Kasih yang sudah beberapa tahun menyandang status ibu tunggal mengaku bekas suaminya, Eryck Amaral tidak pernah memberi nafkah kepada anak mereka selepas bercerai.
Pasangan yang berkahwin pada 2018 dan bercerai sekitar setahun kemudian itu dikurniai seorang anak perempuan yang diberi nama Arabella. Arabella kini berusia lima tahun.
Mengulas tentang hal tersebut, Aura Kasih dengan tenang menjelaskan dirinya tidak pernah berkomunikasi dan bertanya tentang nafkah kepada Eryck selepas mereka bercerai
"Nafkah? Ya kebetulan kerana mungkin saya ada rezeki lebih, ya semuanya saya tanggung.”
"Saya tidak minta, dia tidak beri dan saya tidak mempertanyakan,” ujar Aura Kasih seperti dilaporkan CNNIndonesia.
Bintang filem Rumah Iblis itu kemudian melanjutkan: “Saya fikir, Allah beri saya rezeki lebih, jadikan saya berdikari sendiri.
“Ya memang itu kewajiban dia, namanya juga ayah. Tapi saya fikir lagi adakah dia sedia, mahu dan ‘ada’ untuk memberi (nafkah).”
Aura, 38, juga memberitahu anaknya, kali terakhir melihat bapanya yang merupakan warga Brazil itu pada usianya lapan bulan.
“Selepas berpisah saya tidak lagi berkomunikasi dengan dia. Anak juga sangat jarang bertanya tentang ayahnya. Dia kali terakhir lihat ayahnya pada usia 8 bulan.
"Dia pun mungkin tidak tahu jadi saya santai saja,” katanya yang akan tetap memberi nafkah kepada anaknya sendiri selagi mempunyai rezeki.