Skip to main content

Selebriti

Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram Di Spain - Selalu Dengar Orang Gelak-Gelak Kat Bawah, Bila Turun…”

Atikah Suhaime seram

Sekilas

  • Atikah Suhaime berkongsi pengalaman mistik ketika menjalani penggambaran drama di Sepanyol, tinggal di homestay dua tingkat yang sunyi.
  • Dia sering terdengar bunyi seperti pesta dan gelak ketawa pada lewat malam, tetapi apabila diperiksa, tiada sesiapa di situ.
  • Atikah menggambarkan hantu di sana sebagai 'hantu happy' yang suka gelak dan buat bising seperti orang mabuk arak.

Pelakon dan usahawan, Atikah Suhaime berkongsi pengalaman mistik yang pernah dialami ketika menjalani penggambaran drama di Sepanyol satu ketika dahulu

Menerusi perkongsian di platform Threads, Atikah berkata dia menetap di sebuah homestay dua tingkat yang terletak di kawasan agak sunyi dan kurang berpenghuni sepanjang tempoh penggambaran berlangsung.

“Spain. Waktu saya shooting dekat Spain untuk drama, saya tinggal kat homestay sana, dua tingkat.

“Situ memang sepi tak ramai orang, area rumah banyak kosong. Tapi selalu dengar orang party gelak gelak kat bawah pukul satu pagi,” kongsinya.

Bagaimanapun kata Atikah, perkara pelik mula berlaku apabila dia sering terdengar bunyi bising seolah-olah ada orang sedang berpesta di tingkat bawah rumah tersebut pada lewat malam.

Namun katanya, setiap kali dia turun untuk memeriksa keadaan, suasana kembali sunyi tanpa kelibat sesiapa.

“Bila turun bawah, tak ada orang sunyi sepi. Ada satu hari tu, saya takda scene, nak bangun lambat.

“Dengar orang gelak gelak dekat bawah bunyi periuk macam buat breakfast, turun bawah takda orang.

“Artis semua shooting. Hantu hantu Spain adalah hantu hantu yang happy. Tak seram. Suka gelak gelak mabuk arak macam tu,” coretnya.

Perkongsian Atikah itu sebagai respon kepada seorang netizen yang meluahkan rasa ingin tahu mengenai pengalaman orang ramai berdepan dengan perkara mistik ketika berada di luar negara.

Respon Atikah itu ternyata mendapat perhatian netizen dan rata-rata terhibur dengan perkongsiannya.

Sumber: Threads @atikahsuhaime

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement