Sekilas
- Zara Zya menegaskan tidak semua individu dalam industri hiburan mempunyai sikap negatif seperti yang sering diperkatakan.
- Zara menasihatkan supaya bijak memilih rakan dan menjaga batas diri terutama bagi yang baru dalam dunia seni.
- Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan Zara mengenai pentingnya sikap positif dalam industri hiburan.
Pelakon, Zara Zya menegaskan tidak semua individu dalam industri hiburan mempunyai sikap negatif seperti yang sering diperkatakan segelintir pihak.
Menerusi perkongsian di platform Threads, setiap bidang pekerjaan pasti mempunyai cabaran dan sisi tersendiri.
Namun kata Zara, perkara itu tidak seharusnya menjadi alasan untuk memandang serong terhadap keseluruhan industri.
“Tak semua orang dalam industri ni tak baik. Apa-apa pekerjaan pun ada dark side juga.
“Kalau jumpa orang yang ikhlas,baik, kita enjoy je dalam industri ni. Maksudnya happy lah bekerja,” coretnya.

Dalam hantaran yang sama, Zara juga berpendapat sikap bijak memilih rakan dan menjaga batas diri amat penting terutama buat mereka yang masih baharu dalam dunia seni.
“Yang penting,kena pandai jaga diri dan jangan cepat termakan hasutan setan,” tulisnya.
Sementara itu, rata-rata netizen juga turut bersetuju dengan pandangan Zara itu.