Sekilas
- Pelakon Adriana Adnan berkongsi dia tidak lalu makan selepas menyertai acara Hyrox di Incheon, Korea baru-baru ini.
- Dia menjelaskan badan terkejut kerana makan nasi dan roti terlalu banyak seminggu sebelum acara untuk tenaga.
- Adriana juga mengalami hilang suara akibat cuaca kering di Incheon, tetapi sudah pulih selepas mendapatkan rawatan klinik.
Selepas menyertai acara Hyrox di Incheon, Korea baru-baru ini, pelakon Adriana Adnan mengakui sehingga hari ini dia tidak lalu untuk makan.
Menerusi Threads, Adriana berkata kemungkinan badannya menjadi terkejut disebabkan dia makan nasi dan roti terlalu banyak seminggu sebelum acara.
“Sejak habis Hyrox race Jumaat lalu, I macam tak lalu nak makan sampai ke hari ni. Agaknya badan terkejut seminggu sebelum Hyrox kena carbs load.
“Makan nasi dan roti banyak sampai jelak supaya ada cukup tenaga untuk race. Sekarang tengok nasi pun tak lalu,” kongsinya.
Dalam pada itu, Adriana turut memberitahu suaranya hilang akibat cuaca kering yang menyebabkan gatal tekak dan alami batuk.
“Lepas itu, I pula hilang suara sebab cuaca kat Incheon was too dry for me. Gatal tekak dan batuk kering. Sekarang dah ada suara balik lepas pergi klinik. All these seems like a hyrox withdrawal,” ujarnya.
Sumber - Threads