Skip to main content

Viral

‘First Date’ Ajak Tengok MotoGP, Parisa Ardina Kongsi Detik Perkenalan Dengan Sam Lim - “Saya Akan Buktikan Betapa Serius…”

ASTROGEMPAK Parisa

Sekilas

  • Parisa Ardina berkongsi detik manis perkenalan dengan Sam Lim yang bermula pada 26 Oktober tahun lalu melalui 'first date' menonton perlumbaan MotoGP bersama anak buah.
  • Selepas empat bulan berkenalan, Sam melamar Parisa pada 14 Februari 2026 dan bertemu keluarga Parisa pada Ramadan pertama untuk menyatakan hasrat berkahwin.
  • Pasangan ini memilih 10 April 2026 sebagai tarikh perkahwinan mereka dan mendapat pujian wargamaya atas kesungguhan Sam dalam menghalalkan hubungan.

Isteri kepada pencipta kandungan atau ‘content creator’ Sam Lim iaitu model dan personaliti media sosial, Parisa Ardina berkongsi detik manis perkenalan mereka sehingga akhirnya sah bergelar suami isteri.

 

Menerusi perkongsian di TikTok, Parisa mendedahkan hubungan mereka bermula pada 26 Oktober tahun lalu apabila Sam mengajaknya bersama anak buah menonton perlumbaan MotoGP, yang menjadi momen ‘first date’ mereka.

 

Menurut Parisa, selepas empat bulan berkenalan, Sam membuktikan kesungguhannya untuk membina hubungan yang lebih serius apabila tampil melamar dirinya pada 14 Februari 2026. 

 

Lebih menyentuh hati, pada Ramadan pertama, Sam memberanikan diri bertemu keluarga Parisa untuk menyatakan hasratnya untuk berkahwin.

 

Tidak menunggu terlalu lama, pasangan ini akhirnya memilih 10 April 2026 sebagai tarikh hari bahagia mereka, sekali gus mengikat cinta yang dibina dengan niat yang baik.

 

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai wargamaya yang memuji tindakan Sam kerana tidak mengambil masa lama untuk menghalalkan hubungan mereka, malah menyifatkannya sebagai contoh lelaki yang jelas dengan hala tuju cinta.

 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

Puma Unisex Scend Pro 2 Running Shoes - Puma White-Glowing Red 31077909

Puma Unisex Scend Pro 2 Running Shoes - Puma White-Glowing Red 31077909

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

【READY STOCK AT MALAYSIA】Korean Women Sleeveless Singlet Inner Crop Top Shirt Turtleneck Camisole female Tight-fitting

【READY STOCK AT MALAYSIA】Korean Women Sleeveless Singlet Inner Crop Top Shirt Turtleneck Camisole female Tight-fitting

Must Watch Video

Advertisement