Ringkasan AI
- Adriana Adnan kecewa dengan sikap segelintir individu yang tidak menghormati masa dan memandang ringan urusan kerja.
- Kecewa itu timbul apabila rakan rapatnya yang seorang pengarah produksi terpaksa menunggu tanpa alasan yang munasabah.
- Adriana menyeru agar semua pihak memberi keutamaan kepada perkara penting dan memaklumkan awal jika ada kecemasan.
- Rakan Adriana sudah banyak berusaha dan memberi ruang, tetapi sikap sambil lewa tetap berlaku dalam tempoh persediaan produksi.
- Walaupun tidak layak menegur, Adriana berkata dia akan menegur jika berada dalam posisi tenaga produksi demi menghargai usaha rakan.
Pengacara dan pelakon, Adriana Adnan meluahkan rasa kurang senangnya terhadap sikap segelintir individu yang tidak menghormati masa orang lain dan memandang ringan urusan pekerjaan.
Menurut Adriana, dia kecewa apabila rakan terdekatnya yang dipercayai merupakan pengarah dalam sebuah produksi terpaksa berdepan dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab.
"Ia tak berlaku pada saya. Ia berlaku pada kawan saya sampai buat dia rasa tertunggu-tunggu. Kerja bukan boleh dibuat main. Kalau lima ke sepuluh minit tidak mengapa lagi. Ini penuh dengan alasan dan tak minta maaf pun terutama pada yang lebih senior," katanya kepada Gempak.
Adriana ditemui ketika menghadiri sidang media drama Impiana di Pavillion Bukit Bintang pada Selasa.
Aktres berusia 30 tahun itu turut berkata bahawa perkara tersebut sangat memberi kesan pada rakannya dan menyeru agar semua pihak sentiasa memberi keutamaan pada perkara yang lebih penting.
"Perkara seperti ini dah biasa terjadi cuma saya tak rasa ia patut menjadi budaya. Ia memberi kesan pada rakan saya. Saya rasa sudah tiba masanya untuk beri keutamaan pada perkara yang lebih penting. Kalau ada kecemasan, bagitau awal-awal sebab kadang kita tak tahu mungkin orang itu telah melantik seseorang atau keluarkan kos.
"Kawan saya ni dah letak banyak effort, siap nak buat meeting tetapi orang itu hanya memandang ringan perkara tersebut. Memang la ia baru dalam tempoh persediaan sahaja tetapi tak baik buat orang seperti itu sebab kawan saya dah nak bagi dia ruang, effort dan tolong," ujarnya.
Dalam masa sama, Adriana akui bahawa dia tidak layak menegur individu berkenaan namun jika dia salah seornag yang terlibat dalam produsi itu oasti dia akna menegur individu tersebut.
"Saya bukanlah di posisi yang layak untuk menegur, tetapi kalau saya adalah salah seorang tenaga produksi, mungkin saya akan tegur sebab bagi saya, kawan saya dah cukup baik," tambahnya.