Skip to main content

Berita

Nak Kembalikan Nostalgia Permainan Video Era ‘Milenials’, Kapten Batik Lancar Koleksi Eksklusif Bersama Tetris

Kapten Batik

Sekilas

  • Kapten Batik lancar koleksi eksklusif Kapten Batik x Tetris yang gabungkan elemen permainan video Tetris dengan seni batik tradisional.
  • Koleksi ini menampilkan sembilan rekaan unik termasuk kemeja batik dan produk gaya hidup seperti T-shirt, tumbler, dan tote bag dengan motif blok Tetris.
  • Aktivasi khas selama 12 hari di The Gardens Mall menawarkan pengalaman interaktif seperti retro arcade dan cabaran leaderboard Tetris.

Jenama fesyen tempatan, Kapten Batik tampil dengan kolaborasi rentas sempadan pertama menerusi koleksi eksklusif Kapten Batik x Tetris, yang menggabungkan elemen permainan video ikonik dengan keunikan seni batik.

Dilancarkan pada 3 Jun 2026 di The Gardens Mall, koleksi ini meraikan nostalgia generasi milenial yang membesar dengan permainan puzzle legenda, Tetris.

Menurut Kapten Batik, konsep blok yang menjadi identiti Tetris mempunyai persamaan dengan proses penghasilan motif batik, di mana elemen-elemen kecil digabungkan untuk menghasilkan karya yang lebih bermakna.

Koleksi ini menampilkan sembilan rekaan unik menerusi siri ikonik Kapten Batik seperti Nusantara, Masterpiece dan Maharaja, lengkap dengan pelbagai variasi warna.

Selain kemeja batik, koleksi tersebut turut merangkumi produk gaya hidup seperti T-shirt, tumbler, tote bag, lanyard dan sling pouch yang direka khas sempena kolaborasi ini.

Motif yang dihasilkan mengambil inspirasi daripada blok Tetris atau Tetriminos serta elemen konsol permainan klasik, lalu diterjemahkan kepada rekaan seperti Game On!, Bloom and Build, Console, Daylight City, Urban Wildscape dan Tetris City.

Sementara itu, Ketua Kreatif Kapten Batik iaitu Fadli Muhsin menyifatkan kolaborasi ini sebagai penghargaan kepada generasi yang membesar dengan fenomena permainan video Tetris pada era awal 1990-an.

Lebih menarik, Kapten Batik turut mengadakan aktivasi khas selama 12 hari bermula 3 hingga 14 Jun 2026 di North Court, The Gardens Mall.

Pengunjung boleh menikmati pelbagai pengalaman interaktif termasuk retro arcade, Tetris Tumble XL, Scan & Play of Heritage Blocks serta Tetris Forever Weekly Leaderboard Challenge.

Diasaskan oleh Ekram Faiz dan Farhan Omar, Kapten Batik terus membawa misi memperkenalkan batik sebagai sebahagian daripada gaya hidup moden menerusi kolaborasi yang kreatif dan relevan.

Koleksi Kapten Batik x Tetris kini boleh didapati di semua butik Kapten Batik dan platform dalam talian.

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Amy Enjoy Life Women's Textured V-Neck Blazer with Asymmetrical Hem AC5CC062

Amy Enjoy Life Women's Textured V-Neck Blazer with Asymmetrical Hem AC5CC062

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Corduroy Pants For Men Korean Khaki Baggy Straight Cut Slacks Slocks Trouser Pants Man

Corduroy Pants For Men Korean Khaki Baggy Straight Cut Slacks Slocks Trouser Pants Man

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Must Watch Video

Advertisement