Skip to main content

Berita

“Kalian Belum Sampai Ke Gaza, Tetapi Dah Dapatkan Hati Semua Rakyat Di Sini” – Penduduk Palestin Mohon Maaf Kepada Aktivis Global Sumud Flotilla

Astro Gempak 489

Sekilas

  • Mohanad Abo Qamar dari Gaza mengucapkan terima kasih kepada peserta misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang menghadapi serangan dan penahanan baru-baru ini.
  • Walaupun misi GSF 2.0 gagal sampai ke Gaza, sokongan aktivis tersebut sangat dihargai oleh rakyat Palestin.
  • GSF 2.0 melibatkan 39 kapal dan 428 aktivis dari pelbagai negara, termasuk 29 rakyat Malaysia, yang ditahan sebelum dibebaskan.

Seorang penduduk Gaza dikenali sebagai Mohanad Abo Qamar meraih perhatian ramai selepas berkongsi mesej penghargaan buat peserta misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang didakwa berdepan serangan serta penahanan baru-baru ini.

Menerusi satu video dimuat naik dalam Instagram, Mohanad meluahkan penghargaan atas pengorbanan aktivis yang cuba membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

 

 “Maafkan kami pahlawan Global Sumud Flotilla atas apa yang telah terjadi berhubung insiden serangan sehingga ditahan serta hinaan yang menimpa kalian daripada Zionis.

 

“Maafkan kami. Aku bersumpah, jika Gaza dalam kekuatannya, kami tidak akan meninggalkan kalian,” katanya.

Menurutnya lagi, walaupun misi tersebut tidak berjaya sampai ke Gaza, sokongan yang ditunjukkan para aktivis sudah cukup menyentuh hati rakyat Palestin.

“Aku bersumpah, kalian memang belum sampai ke Gaza, tetapi kalian sudah mendapatkan hati semua rakyat Gaza.

“Semoga Allah memberkati dan membalas jasa kebaikan kalian semua,” ujarnya.

Untuk rekod, GSF merupakan sebahagian daripada gerakan solidariti antarabangsa yang menghimpunkan aktivis pelbagai negara bagi membawa bantuan kemanusiaan dan menyuarakan sokongan terhadap rakyat Palestin.

Terdahulu, sebanyak 39 kapal GSF 2.0 dipintas ketika cuba meneruskan pelayaran ke Gaza dengan seramai 428 aktivis daripada pelbagai negara ditahan termasuk 29 rakyat Malaysia sebelum kesemuanya dibebaskan.

Sumber: Instagram

 

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement