Skip to main content

Berita

Demi Teman Lelaki, Pengantin Perempuan Cabut Lari 6 Jam Sebelum Akad Nikah

Pengantin lari

Sekilas

  • Seorang bakal pengantin perempuan berusia 19 tahun melarikan diri bersama kekasihnya beberapa jam sebelum majlis pernikahan di Kabupaten Jepara, Jawa Tengah.
  • Pasangan itu ditemui di sebuah hotel selepas operasi mengesan dijalankan oleh pihak berkuasa dan dibawa ke balai polis untuk siasatan.
  • Gadis tersebut sepatutnya berkahwin dengan tunangnya yang berusia 33 tahun, namun dipercayai menjalin hubungan dengan lelaki lain ketika persiapan perkahwinan.

Seorang bakal pengantin perempuan yang dilaporkan melarikan diri beberapa jam sebelum majlis pernikahannya berjaya ditemukan bersama kekasihnya di sebuah hotel di Desa Kedungcino, Kabupaten Jepara, Jawa Tengah pada Sabtu.

Wanita dikenali sebagai NAS, 19, ditemui bersama teman lelakinya, DF, 18, selepas operasi mengesan kedua-duanya dijalankan pihak berkuasa.

Kisah gadis dari Kabupaten Pati itu sebelum ini tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai yang bersimpati dengan nasib bakal suaminya selepas majlis perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

Kapolsek Tlogowungu, AKP Mujahid berkata, kes kehilangan NAS menjadi perhatian selepas keluarganya membuat laporan polis.

"Siasatan awal mendapati dia melarikan diri melalui pintu belakang kira-kira enam jam sebelum majlis berlangsung.

“Usaha menjejakinya dilakukan bersama Resmob Polresta Pati dan Resmob Polres Jepara. Pasangan kekasih itu dibawa ke Mapolresta Pati untuk diambil keterangan,” ujar Mujahid.

Difahamkan, NAS sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Muhammad Musalim, 33, selepas mereka mengikat tali pertunangan beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, gadis itu dipercayai menjalin hubungan dengan DF ketika sibuk membuat persiapan perkahwinan sebelum bertindak melarikan diri bersama lelaki terbabit.

Sumber: SINAR HARIAN

Anda mungkin berminat dengan

10 inches Love Shape Wedding Party Decoration Balloon (10pcs) 19457

10 inches Love Shape Wedding Party Decoration Balloon (10pcs) 19457

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement