Skip to main content

Selebriti

Adriana Adnan Tegur Sikap Peniaga Tak Mesra Pelanggan, Netizen Sokong; - "Jangan Jadikan Budaya Buat Muka Bengis"

adriana adnan

Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan mencuri perhatian ramai apabila berkongsi sebuah hantaran mengenai pengalamannya bertemu dengan peniaga-peniaga di pasar malam.

Menerusi perkongsian tersebut, Adriana meluahkan rasa terkilan kerana ada segelintir peniaga yang tidak mesra pelanggan hingga membuatkan dia berasa serba salah untuk membeli makanan dan minuman.

"Cakap pasal senyuman, akak abang kat pasar malam nampak stress betul. Mungkin sebab ramai tetapi itu semua rezeki. Mungkin saya rasa kena senyum sikit sebab kita jadi takut nak beli," ujarnya.

Perkongsian itu turut dipersetujui netizen di Threads yang berpendapat sikap tersebut tidak patut dinormalisasikan.

Malah, individu yang dikenali sebagai Shahrul itu turut mencadangkan agar peniaga yang kurang gemar bertemu pelanggan mempertimbangkan pilihan kerjaya lain.

"Terpaksa setuju. Jangan jadikan budaya buat muka bengis depan pelanggan. Kalau tak suka berjumpa dengan pelanggan, pilih kerjaya seperti nelayan laut dalam atau ahli ilmu falak.

"Dari yang buka gerai, jaga kaunter, bawa bas, kerja hotel dan pusat beli belah, semuanya suka buat pelanggan rasa tidak diundang," tulisnya.

Must-Watch Video

Advertisement