Skip to main content

Trend Pasaran

Ice Watch Light Up The Night Run 2018 Kembali

ice-watch-run-header.jpg
Selepas berehat setahun, acara larian Ice Watch Light Up The Night Run kembali diadakan pada 1 Disember depan.

Menurut Pengarah Urusan Habib Group, Datuk Seri Meer Sadik Habib, lokasi Putrajaya dipilih untuk acara kali ini.

"Memang menarik kerana dalam acara ini, peserta akan melalui kawasan di sekitar IOI City Mall dan kejiranan Putrajaya pada waktu malam," katanya.
 

Ice Watch Light Up The Night Run 2018 akan diadakan di IOI City Mall dengan dua kategori dipertandingkan iaitu 10 kilometer dan 5 kilometer 

Menariknya, pihaknya yang bekerjasama dengan The Marathon Company menyediakan 7 pilihan warna jersi untuk peserta larian pilih iaitu merah, biru, merah jambu, hijau, ungu, jingga dan kuning.

Pendaftaran Ice Watch Light Up The Night Run 2018 sudah dibuka. 

Layari www.racexasia.com/event/ice-watch-light-up-the-night-run-2018 atau Instagram dan Facebook rasmi Ice Watch.

Must-Watch Video

Advertisement