Skip to main content

Budaya Popular

Tak Kecewa, Bintang Paling Popular Memang Layak Untuk Fattah – Neelofa

neelofa-tak-jeles-fattah.jpg
Pelakon dan pengacara MeleTOP, Neelofa akui aktor Fattah Amin lebih layak menyandang gelaran Bintang Paling Popular berbanding dirinya.
 
“Saya gembira dia menang dan bagi saya gelaran Bintang Popular itu lebih layak untuknya dan dia memang bekerja keras.
 
“Memang saya akui tahun ini adalah tahun Fattah. Kalau nak dibandingkan dengan saya selepas Suri Hati Mr.Pilot, kerja dia lebih padat dan banyak perkara dia lakukan.
 
“Saya rasa ini adalah masa yang tepat untuk gelaran itu diberikan kepadanya dan saya okay saja,” katanya.
 
Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Naelofar Hijab Raya 2017 bertempat di Royale Chulan, Damansara, semalam.
 
Dalam pada itu, Neelofa juga turut menafikan dakwaan yang mengatakan dia pulang awal pada majlis berkenaan kerana tidak dapat menerima hakikat gagal mempertahankan gelaran Bintang Popular yang dimenanginya tahun lalu.
 
“Saya balik awal tidak ada kaitan langsung dengan rasa kecewa, cuma mahu mengelakkan ‘drama’ atau perkara-perkara tidak enak yang mungkin direka oleh orang.
 
“Sebenarnya saya hadir ke acara tersebut secara kebetulan, kalau diikutkan saya tidak dapat sertai kerana sepatutnya saya perlu ke Turki untuk menghadiri satu majlis.
 
“Sebab itu kehadiran saya di anugerah itu pun agak lambat dan acara sudah pun bermula, jadi saya ambil keputusan untuk berada di belakang pentas.
 
“Tidak ada isu pun dan semuanya adalah berkaitan dengan rezeki,” jelasnya.
 
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 3.0)  Ahad lalu menyaksikan Neelofa memenangi dua kategori iaitu Pengacara TV Popular dan Gandingan Serasi Drama  menerusi drama Suri Hati Mr Pilot.
 
Teks oleh: Mya Amri
 

Must-Watch Video

Advertisement