Skip to main content

Selebriti

"Produksi Teater Yang Bagus Memang Akan Ada Dua Pelakon Dilatih Untuk Satu Watak" - Karl Shafek

Bakar isteri

Sekilas

  • Karl Shafek jelaskan penggunaan dua pelakon utama untuk satu watak dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical adalah amalan biasa dalam produksi teater berskala besar sebagai persediaan menghadapi risiko seperti kecederaan atau sakit.
  • Pelakon akan bergilir mengikut jadual tertentu, membolehkan penonton memilih hari untuk menonton pelakon kegemaran mereka, dengan produksi memastikan pementasan berjalan lancar tanpa gangguan.
  • Karl turut berkongsi pengalaman beliau dalam pementasan teater lain seperti Maduku Kalut dan Ombak Rindu, menegaskan latihan intensif diperlukan untuk menghayati watak dalam teater.

Pelakon dan pengacara, Karl Shafek tampil mengulas mengenai isu pemilihan dua pelakon utama yang memegang watak yang sama dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Karl berkata bahawa perkara tersebut merupakan perkara yang biasa dalam pementasan sesebuah produksi teater yang berskala besar.

“Produksi teater yang bagus memang akan ada dua pelakon yang dilatih untuk satu watak, di mana salah seorang akan menjadi “understudy”. 

“Ini bukan sebab produksi tak yakin dengan pelakon utama, tetapi sebab produksi yang besar memang kena bersedia dengan segala kemungkinan,”tulisnya
 

Tambahnya, pementasan teater memakan masa yang banyak dan risiko kecederaan atau perkara yang tidak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

“Bayangkan  pementasan PGLTM berlangsung selama 30 hari, setiap hari, dan kadang-kadang dua show sehari. 

“Risiko boleh berlaku bila-bila masa. Pelakon boleh jatuh sakit, cedera (minta simpang), hilang suara, atau berlaku perkara yang tak dijangka.

“Nak bawa satu watak besar pun perlukan latihan intensive yang panjang ( Paling cepat 3 bulan. Paling bagus 6 bulan ). Nak serap emosi, tenaga, vokal dan disiplin watak bukan benda mudah. 

“Jadi bila ada understudy yang sama berlatih dari awal, pementasan masih boleh berjalan ikut jadual tanpa menjejaskan keseluruhan produksi,”ujarnya.

Dalam masa sama, Karl turut menjelaskan bahawa kebiasaanya pelakon akan bergilir mengikut hari yang tertentu dan penonton boleh memilih mengikut kemahuan mereka.

“Mungkin ada hari tertentu watak itu dimainkan oleh pelakon A, dan ada hari lain dimainkan oleh pelakon B. Bermakna pihak produksi masih mengikut standard persediaan teater yang proper. 

“Dan kalau awak minat pelakon A, datanglah tonton pada hari dia beraksi. Kecuali kalau ada perkara tak dijangka berlaku dan pelakon tersebut tak dapat naik pentas, maka reda sajalah dengan ketentuan itu,”kongsinya.

Sekadar info, Karl juga pernah sertai pementasan teater seperti Maduku Kalut, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Ombak Rindu: Tiada Penghujung
 



 

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement