Skip to main content

Hollywood

Taylor Swift Buat Lagu Untuk Toy Story 5

Astro Gempak taylor toystory

Sekilas

  • Taylor Swift mengumumkan lagu runut bunyi berjudul "I Knew It, I Knew You" untuk filem animasi Toy Story 5 yang akan dilancarkan pada 5 Jun ini.
  • Lagu tersebut dihasilkan bersama Jack Antonoff dan menjadi impian Swift sejak kecil kerana karakter Jessie dalam Toy Story adalah idolanya.
  • Toy Story 5 akan ditayangkan pada 19 Jun dan mengisahkan watak-watak ikonik yang cuba menyesuaikan diri dengan zaman kanak-kanak yang banyak bermain gajet.

Sah! Selepas Taylor Swift berteka teki dengan ‘countdown’ yang dilakukan di platform media sosial miliknya sejak 30 April lalu dengan latar belakang filem animasi Toy Story, kini semuanya sudah terjawab.

Swift mengumumkan membikin salah satu lagu runut bunyi untuk animasi terkenal yang muncul dengan francais kelima mereka, Toy Story 5.
Lagu tersebut diberi judul I Knew It, I Knew You. Ia akan dipasarkan bermula 5 Jun ini, lapor Yahoo!.

Pemenang 14 kali anugerah Grammy itu membikin I Knew It, I Knew You bersama Jack Antonoff.

“Saya selalu bermimpi untuk menghasilkan lagu buat Tiy Story kerana telah menjadikan karakter Jessie sebagai idola sejak saya berusia lima tahun,” ujar Swift mengenai penglibatannya dalam Toy Story 5.

Pengarah dan penulis layar animasi tersebut, Andrew Stanton pula menyifatkan kolaborasi dengan Swift sebagai sesuatu yang cukup bermakna.

“Adalah satu hal yang menakjubkan dan bermakna buat kami apabila Swift menghasilkan dan menyanyikan lagu ini. Lagu ini cukup padan dengan Toy Story. Daripada awal mendengarkan rangkap pertama, sudah dapat dirasai lagu ini memang untuk filem ini.

“‘Mereka’ seperti satu keluarga yang sudah lama terpisah,” ujar Stanton.

Sementara itu, Toy Story 5 masih mengisahkan tentang karakter ikonik mereka iaitu  Woody, Buzz Lightyear, Jessie dan yang lain cuba beradaptasi dengan kanak-kanak yang menghabiskan banyak masa dengan bermain gajet. Filem tersebut dijadual tayang bermula 19 Jun ini.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

Must Watch Video

Advertisement