Skip to main content

Hiburan

Tarung: Unforgiven Raih Kutipan RM23.3 Juta!

Astro Gempak 525

Sekilas

  • Filem aksi tempatan Tarung: Unforgiven berjaya meraih kutipan sebanyak RM23.3 juta sejak tayangan pada 7 Mei lalu.
  • Filem arahan Razaisyam Rashid ini kini menjadi antara filem tempatan paling hangat diperkatakan dan mendapat sambutan positif penonton.
  • Produksi Alpha47 mengajak orang ramai yang belum menonton untuk mendapatkan tiket dan menyaksikan filem ini di pawagam sekarang.

Filem aksi tempatan Tarung: Unforgiven terus mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan terkini sebanyak RM23.3 juta sejak mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 7 Mei lalu.

Pencapaian tersebut sekali gus mengukuhkan kedudukan karya arahan Razaisyam Rashid itu sebagai antara filem tempatan paling hangat diperkatakan ketika ini.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran dimuat naik produksi Alpha47 dalam Instagram rasmi mereka.

 

 “RM23.3 juta! Alhamdulillah, #TarungUnforgiven telah mendominasi pawagam di Malaysia dengan kutipan RM23.3 juta.

 

“Terima kasih buat semua yang telah menyokong filem nombor satu Malaysia 2026,” tulisnya.

Dalam masa sama, pihak produksi turut mengajak orang ramai yang masih belum menonton filem tersebut untuk mendapatkan tiket dan menyaksikannya di pawagam.

“Pada yang belum tengok, hari ini tiket murah! Jom ajak family dan member ke pawagam sekarang,” menurut hantaran tersebut.

Sejak ditayangkan, Tarung: Unforgiven menerima sambutan memberangsangkan daripada penonton selain menjadi topik perbualan hangat dalam media sosial menerusi pelbagai reaksi dan ulasan positif.

Filem terbitan Alpha47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw itu membariskan pelakon hebat tanah air seperti Aedy Ashraf, Mierul Aiman, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Sky Iskandar dan Aeril Zafrel.

Kejayaan tersebut dilihat membuktikan filem aksi tempatan masih mempunyai tempat istimewa dalam hati penonton Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Must Watch Video

Advertisement