Skip to main content

Hiburan

Syed Saddiq ‘Marah’ Bella Astillah Panggil YB Depan Khalayak Ramai - “Saya Tunang & Bodyguard Kamu”

Bella Astillah

Sekilas

  • Bella Astillah membuat persembahan di Festival Sabah Food Street di Kota Belud dan memanggil tunangnya, Syed Saddiq, naik ke pentas.
  • Syed Saddiq menegur Bella kerana memanggilnya dengan gelaran YB dan menegaskan dia hadir sebagai tunang dan bodyguard Bella.
  • Syed Saddiq berterima kasih kepada warga Kota Belud atas sokongan mereka dan netizen terharu dengan layanan mesra pasangan ini.

Di Threads, tular satu video memaparkan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah sewaktu membuat persembahan di Festival Sabah Food Street yang bertempat di Kota Belud, Sabah.

Menerusi video yang tular itu, Bella dilihat memanggil tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk naik ke atas pentas.

Apa yang mencuri perhatian ialah apabila ibu kepada dua orang anak itu ‘dimarahi’ Syed Saddiq kerana telah memanggilnya dengan panggilan Yang Berhormat (YB).

“Bila saya di bawah (pentas), tunang saya (Bella) panggil saya YB.

“Saya disini bukan sebagai YB. Saya disini sebagai tunang kamu, sebagai bodyguard yang perlu menjaga kamu,” tegas Syed Saddiq.

Dalam masa yang sama, Syed Saddiq menzahirkan ucapan penghargaan buat semua yang hadir kerana telah memberikan sokongan tak terhingga buat tunangnya itu.

“Terima kasih kepada warga Kota Belud kerana sentiasa memberikan sokongan padu buat tunang saya, Bella.

“Saya cemburu kerana sebelum ini saya hanya dapat melihat dia perform di Sabah hanya melalui platform siaran langsung di TikTok.

“Tapi hari ini dapat lihat secara berdepan, lagi cantik dan menawan,” seloroh Syed Saddiq.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat layanan Syed Saddiq terhadap Bella dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudah.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

HAPPY2U Kasut Wanita Yugene Glitter Butterfly Sandals

HAPPY2U Kasut Wanita Yugene Glitter Butterfly Sandals

HAPPY2U Kasut Wanita Axel Cross Jute Sandals

HAPPY2U Kasut Wanita Axel Cross Jute Sandals

ELGINI E16218 Bra Sukan S-XXL | Sports Bra

ELGINI E16218 Bra Sukan S-XXL | Sports Bra

Love Knot SuperSticky™ Angel Wing Adhesive Nubra Cup A-F Seamless Invisible Push Up Stick On Wedding Silicon Bra

Love Knot SuperSticky™ Angel Wing Adhesive Nubra Cup A-F Seamless Invisible Push Up Stick On Wedding Silicon Bra

45-120KG Womens Plus Size Bra Seamless Lace Vest Push Up Bralette Wireless Latex Fitness 內衣無鋼圈

45-120KG Womens Plus Size Bra Seamless Lace Vest Push Up Bralette Wireless Latex Fitness 內衣無鋼圈

💥💥Jeans BOOTCUT 💥Stretchable [Ready Stock]🔥

💥💥Jeans BOOTCUT 💥Stretchable [Ready Stock]🔥

Must Watch Video

Advertisement