Skip to main content

Selebriti

Liyana Jasmay Tekad Turunkan Berat Badan, Cabar Diri 14 Hari Tanpa Gula - “Tak Berlapar Tapi Makan Lebih Protein & Brisk Walk”

Liyana Jasmay beraya

Sekilas

  • Liyana Jasmay kini memulakan semula rutin diet dengan fokus 14 hari tanpa gula dan pengurangan karbohidrat sambil meningkatkan pengambilan protein dan brisk walk setiap hari.
  • Pelakon ini tidak mengamalkan diet ekstrem atau berlapar, sebaliknya menekankan konsistensi dan mengakui cabaran mudah berputus asa selepas hari ketujuh.
  • Liyana berharap dapat memberi semangat kepada orang lain yang ingin menurunkan berat badan dan menerima sokongan positif daripada netizen di media sosial.

Pelakon, Liyana Jasmay berkongsi perkembangan terkininya mengenai dirinya yang kini kembali memulakan rutin diet dan gaya hidup sihat demi menurunkan berat badan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Liyana memaklumkan dia kini sedang mencabar diri untuk menjalani tempoh 14 hari tanpa gula selain mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam makanan harian.

Menurut Liyana, dia tidak mengamalkan diet ekstrem atau berlapar, sebaliknya lebih memberi fokus kepada pengambilan protein dan melakukan aktiviti brisk walk setiap hari.

“Dah mula diet balik, nak fokus untuk 14 hari tanpa gula, kurangkan karbo. Saya tidak berlapar, tetapi makan lebih protein dan brisk walk setiap hari.

“Saya boleh lakukannya! Siapa yang sama macam saya nak kurangkan berat badan? tulisnya.

Dalam pada itu, Liyana juga turut mengakui cabaran terbesar yang sering membuatkan usahanya terbantut adalah sikap mudah berputus asa selepas masuk hari ketujuh.

Bagaimanapun kata Liyana, dia bertekad untuk lebih konsisten kali ini dan berharap dapat memberi semangat kepada individu lain yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

“Tetapi apakah cabaran anda? Saya pula adalah selalu akan berhenti selepas hari ketujuh, tapi bukan kali ini ya! Kita boleh lakukannya bersama!” coretnya.

Sementara itu, di ruangan pula dibanjiri pelbagai reaksi netizen yang berkongsi cabaran masing-masing.

Malah mereka juga turut memberikan sokongan buat Liyana untuk terus istiqamah menjalani gaya hidup lebih sihat.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

Fiboo Protein Bar High Protein Fiber Diet Snack Meal Replacement 0 Sugar Whey Protein Bar Plant Protein Bar Discount Set Halal

Fiboo Protein Bar High Protein Fiber Diet Snack Meal Replacement 0 Sugar Whey Protein Bar Plant Protein Bar Discount Set Halal

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

Must Watch Video

Advertisement