Skip to main content

Hiburan

Bintang Bola Sepak JDT Arif Aiman Selamat Bernikah Dengan Pasangan Pilihan Hati

Astro Gempak 492

Sekilas

  • Arif Aiman Hanapi dari Johor Darul Ta'zim telah melangsungkan pernikahan dengan Nurul Aliah Natasha Md. Hairushahri dalam majlis sederhana di Johor Bahru.
  • Pasangan pengantin memakai busana putih sedondon dan majlis akad nikah hanya dihadiri oleh keluarga serta kenalan rapat.
  • Pemilik JDT, Tunku Ismail Idris, dijangka hadir pada majlis resepsi, manakala peminat bola sepak turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan mereka.

Bintang sensasi Johor Darul Ta'zim, Arif Aiman Hanapi selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha Md. Hairushahri dalam satu majlis dipercayai berlangsung di Johor Bahru.

Majlis akad nikah pasangan tersebut difahamkan berlangsung dalam suasana sederhana dan hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Menerusi beberapa video yang tular dalam media sosial, Arif dan Aliah tampil sama cantik dan sepadan mengenakan busana sedondon berwarna putih pada hari bahagia mereka.

Malah, pemilik JDT yang juga Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Idris dilaporkan antara individu kenamaan yang dijangka menghadiri majlis resepsi bersejarah pemain berusia 23 tahun itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat bola sepak tanah air turut menzahirkan ucapan tahniah selain mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

Sebelum ini, kad undangan pernikahan Arif tular dalam media sosial sehingga mencetuskan keterujaan dalam kalangan penyokong Harimau Selatan dan peminat bola sepak tempatan.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

Must Watch Video

Advertisement