Skip to main content

Gaya Hidup

Lain Macam Penangan Khairul Aming, Pasar Raya Buat Sudut Khas Untuk 'Student' Cari Bahan Resipi - "Makin Streslah Pelajar..."

Khairul Aming

Sekilas

  • Sebuah pasar raya menyediakan sudut khas untuk bahan-bahan masakan yang sering digunakan dalam resipi Khairul Aming, memudahkan pelanggan membeli barang.
  • Khairul Aming sendiri memberi reaksi santai mengenai inisiatif itu yang membuatkan pelajar teringat tugasan walaupun sedang membeli-belah.
  • Netizen terhibur dengan penangan resipi Khairul Aming dan berpendapat sudut khas itu juga membantu staf pasar raya mengurangkan soalan pelanggan.

Seorang individu mencuri perhatian ramai selepas berkongsi mengenai satu sudut khas menempatkan bahan-bahan masakan yang sering digunakan dalam resipi Khairul Aming.

Perkongsian yang dibuat oleh Yaa_Azme, inisiatif itu telah dijalankan oleh sebuah pasar raya.

“Kepada Khairul Aming, Lotus pun dah jadi ‘student’ eh. Siap ada sudut jualan,” tulisnya.

Hantaran tersebut turut menarik perhatian Khairul Aming sendiri yang membalas perkongsian berkenaan dengan nada bersahaja.

Menurutnya, situasi itu seolah-olah membuatkan pelajar semakin teringatkan tugasan mereka walaupun ketika sedang membeli-belah.

“Makin streslah pelajar. Pergi shopping pun kena ingatkan assignment lagi hahaha,” selorohnya.

Difahamkan sudut bahan masakan itu turut berada di beberapa cawangan yang lain. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat penanganan resipi Khairul Aming yang kini seolah-olah menjadi ‘rujukan’ sehingga pasar raya menyediakan sudut khas untuk memudahkan pelanggan membeli bahan.

Ada juga yang berpendapat langkah tersebut mungkin memudahkan staf pasar raya kerana tidak perlu lagi menjawab soalan pelanggan yang sering bertanya tentang lokasi bahan tertentu.

"Staf stress kot asek org tanya barang² ni kat mana… letak setempat senang. Hahahaha.

"Tak masalah, dia siap menggantung resipi, wey. Kot x jd gak assignment aku tak tahu la.

"Lain macam penangan tahun ni.

"Hypermarket semua join jadi student.

"Eh bagus betul senang nak beli. Tp tuh la kita jadi penonton je.

"Boleh beli barang resepi kat situ eh.

"Ehhh best laaa mcm ni.. tak laaa tercari2...tertanya-tanya," komen netizen.

Sumber: Threads @yaa_azme

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement